Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan. (al-Ahzab, 72)
Apakah persediaan yang ada pada manusia?
Dan Dia-lah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat (al-Anam, 165).
Darjat yang dimaksudkan itu disebut oleh ayat 69 al-Araf, ...dan Allah telah menambahkan kamu kelebihan (dan kekuatan) pada bentuk kejadian tubuh kamu. Kelebihan ialah yang berkenaan dengan akal seperti kecerdikan akal, naluri, emosi, kasih sayang, termasuk kemampuan membezakan antara perkara yang baik dengan yang jahat; manakala kekuatan adalah berkenaan dengan jasmani seperti tangan, kaki, mata dan sebagainya.
Dengan asal kejadian manusia yang digambarkan oleh ayat 165 al-Anam dan ayat 69 al-Araf itulah Allah berfirman Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi...(al-Baqarah, 30)
Siapakah khalifah?
Watak dan keperibadian khalifah dapat dikenali melalui ayat-ayat yang menyebut khalifah, atau yang membawa maksud khalifah.
Ayat 165 al-Anam ini menggambarkan asal kejadian manusia, bahawa manusia adalah makhluk yang dianugerahi dengan ketinggian darjat yang beberapa sahaja, dan tidak sama antara seorang dengan yang lain; ertinya manusia adalah makhluk yang banyak kekurangan atau biasa disebut sebagai makhluk yang serba kekurangan.
Dengan asal kejadian ini bagaimana manusia hendak hidup sempurna?
Manusia memerlukan keperluan asas seperti makan-minum, pakaian, tempat tinggal, rawatan bila sakit, dan sebagainya. Jadi, yang lemah harus bergantung kepada yang kuat, yang miskin kepada yang kaya, yang pandai bertani bergantung kepada yang mahir membuat pakaian, jika sakit memerlukan doktor untuk rawatan, seorang doktor mahir dalam hal perubatan tetapi tidak mampu membuat tempat tinggalnya harus bergantung kepada orang lain. Pendek kata setiap orang harus bergantung hidup kepada orang lain dalam hal-hal tertentu, bagi mendapat-kan kehidupan yang sempurna:
Situasi ini menghendaki manusia hidup dalam kesatuan, hidup bersosial yang iklimnya saling bantu membantu, tidak boleh hidup dengan mengasingkan diri dari manusia lain.
Frasa kata hendak menguji itu menggambarkan Allah hendak melihat apakah yang manusia lakukan dengan ketinggian darjat yang Allah anugerahkan itu.
Justeru harus difahami bahawa ciptaan sedemikian itu adalah satu kesengajaan Allah yang tujuannya agar terbentuk satu kehidupan yang coraknya saling bantu membantu. Inilah cara hidup khalifah.
Harta. Manifestasi dari kelebihan dan kekkuatan itu ialah harta. Justeru harta juga termaktub ke dalam kelebihan dan kekurangan.
Apabila ayat ini menyeru Maka kenanglah ertinya menuntut manusia menggunakannya untuk membantu mereka yang kekurangan secara relatif. Namun jangan menganggap ini satu pilihan, ia adalah satu perintah.
Apakah watak dan keperibadian yang harus kita bina dari asal kejadian kita itu. Yang sangat penting dan tidak boleh diabai-kan ialah sikap tidak mementingkan diri dalam semua keadaan dan masa selama berada di bumi ini. Kepentingannya menuntut kita sentiasa peka dengan kekurangan orang lain sama ada dari sudut jasmani atau rohani, dan harta. (Sebaik-baik Manusia, 9)
Penjelasan lanjut lihat ayat 165 al-Anam, ayat 69 al-Araf, ayat 74 al-Araf, ayat 14 Yunus, ayat 62 an-Naml (Sebaik-baik Manusia, 9-16).
No comments:
Post a Comment