Monday, October 13, 2025

Antara Dua Darjat

Dalam al-Quran, Allah memuji orang yang bertakwa dan menjanji-kan mereka ganjaran yang besar di dunia dan akhirat. Pada masa yang sama, Allah juga menegas-kan peranan manusia sebagai khalifah di bumi (al-Baqarah, 30), satu kedudukan yang bukan sekadar tentang hubungan dengan Allah, tetapi juga melibatkan kepemimpinan, pengurusan bumi, keadilan sosial, dan kelestarian alam.

Fenomena menunjukkan kebanyakan umat Islam berpegang kepada fahaman hidup ini bertujuan untuk menjadi orang bertakwa. Apabila menyedari ada seruan untuk menjadikan khalifah di bumi oleh ayat 30 al-Baqarah, ramai yang tidak ambil pusing kerana menganggap antara kedua-duanya adalah sama.

Sama ada menjadi orang bertakwa atau menjadi khalifah tidak ada bezanya: kedua-duanya memerintahkan mendirikan solat, berzakat, berpuasa, dan menunaikan haji.

Hakikatnya, jika diteliti, ada perbezaan yang sangat penting: orang bertakwa mungkin fokus kepada ibadah dan menekankan hubungan dengan Allah semata-mata, sedangkan khalifah melaksanakan ketakwaan dan tanggungjawab berjihad yang disebut oleh hadis Pokok segala urusan ialah Islam, tiangangnya sembahyang, dan puncaknya jihad. Jihadnya ialah perjuangan menegakkan cara hidup yang berorientasikan kekhalifahan dan pengurusan bumi yang disebu oleh ayat 62 an-Naml.

Perbezaan Fokus

Nabi saw bersabda, Pokok segala urusan ialah Islam, tiangnya sembahyang, dan puncaknya jihad. (Riwayat Tirmizi)

Hadis ini menunjukkan bahawa jihad adalah kemuncak pelaksanaan Islam, iaitu usaha mengorbankan tenaga, masa, dan harta untuk menegakkan agama dan memelihara kebaikan di bumi.

Orang bertakwa lebih menekankan kepada ibadah peribadi, yang besar kemungkinan terlepas daripada mencapai puncak jihad, kerana jihad itu melibatkan pengurusan keduniaan: mengatur masyarakat, menegakkan keadilan, dan memelihara sumber bumi.

Khalifah pula, walaupun juga seorang yang bertakwa, tidak berhenti di tiang agama (sembahyang) sahaja. Dia bergerak hingga ke puncak jihad, bukan semata-mata jihad bersenjata, tetapi jihad memimpin, mengurus, membangun, dan melindungi umat. (Sebaik-baik Manusia, 149)

Saturday, October 11, 2025

Home

Sebaik-baik manusia ialah yang paling bermanfaat kepada manusia lain. (Hadis Hasan, diriwayatkan oleh al-Mu’jam al-Awsat dan lain-lain)

Hadis ini, walaupun ringkas, sebenarnya adalah teras kepada tujuan penciptaan manusia, sebagaimana yang difirmankan oleh Allah dalam banyak tempat dalam al-Quran, terutamanya melalui konsep kekhalifahan.

Manusia dijadikan bukan hanya untuk menyembah Allah dalam erti sempit ibadah ritual, tetapi juga untuk menjalankan tugas sebagai khalifah, memakmurkan bumi, membina kesejahteraan, dan mencegah kerosakan, sama ada terhadap manusia mahupun alam sekitar.

Jadi blog ini berhasrat mengajak pembaca mengenal kembali jalan hidup Islam yang dibawa oleh Rasulullah saw, yang bersumberkan fitrah, berpaksikan tanggungjawab, dan menjurus kepada kehidupan yang saling membantu, saling bergantung, dan saling melengkapi. Ia juga mengajak kita memeriksa kembali sikap-sikap peribadi yang mungkin menyeleweng dari nilai khalifah: keakuan, keengganan menerima nasihat, pengabaian terhadap keperluan orang lain, dan ketakutan terhadap campur tangan yang sihat.

Akhirnya, saya menutup di atas ini dengan satu seruan kembali kepada jalan Rasulullah saw, dengan roh tajdid dan pembaharuan, serta kesediaan untuk menjadi sebahagian dari golongan yang sedikit, tetapi tetap berada di atas jalan kebenaran.

Semoga blog ini menjadi cerminan dan pencetus muhasabah buat kita semua dalam mencari erti sebenar menjadi manusia, bukan sebarang manusia, tetapi sebaik-baik manusia.

Terkini

Tujuan Penciptaan Manusia.

Allah berfirman, 'Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi' (al-Baqarah, 30).

Antara Dua Darjat

Dalam al-Quran, Allah memuji orang yang bertakwa  dan menjanji - kan mereka ganjaran yang besar di dunia dan akhirat. Pada masa yang sama, A...